Berapa kerap korang buat pemeriksaan payudara sendiri di rumah?

Setiap hari? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Tak pernah langsung?

Korang tau tak jenis kanser yang paling lazim di kalangan wanita di Malaysia ialah kanser payudara, iaitu sebanyak 32.9%?

Jumlah kematian akibat kanser payudara juga meningkat tahun demi tahun. Pada tahun 2012, seramai 2,572 wanita terkorban. Pada tahun 2020, bilangannya meningkat ke 3,503. Tahun 2024 pulak? Dah tentu lebih ramai lagi.

Lelaki pun boleh kena juga ye kanser payudara ni, bukan wanita je.

Pemeriksaan kendiri yang kerap dapat mengesan penyakit ni dengan lebih awal. Jika ia dapat dikesan di tahap awal, peluang untuk sembuh juga lebih tinggi.

Tapi sedihnya ramai yang ambil mudah je tentang kepentingan pemeriksaan kendiri ni. Akibatnya, bila lambat bertindak, penyakit pun makin melarat.

Sel kanser ni mudah dan cepat merebak ye korang, sekarang ni memang dah banyak sangat kes kanser yang kita dengar. Sekarang ni, setiap sorang daripada kita mesti kenal somebody yang menghidap kanser, sama ada dah sembuh, masih berjuang atau dah tewas dalam perjuangan.

Bulan Oktober ialah bulan Kesedaran Kanser Payudara (Breast Cancer Awareness). Jom start buat pemeriksaan kendiri bulan ni! Better late than never!

Dalam pada tu, jom masak dan makan bahan-bahan berwarna pink yang bukan je cantik dipandang, tapi kaya dengan khasiatnya yang tersendiri!

1. Bunga Kantan

Lebih daripada sekadar penyedap hidangan, bunga kantan bersifat anti-radang, anti-toksin, anti-bakteria dan anti-oksidan. Jumlah anthocyanin yang banyak terkandung di dalamnya juga bertindak sebagai anti-tumor dan sangat membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Resipi 10:4:24 - Sambal gesek bunga kantan oleh Hani Shaimi
#MerdekaMonth #JiwaMerdeka Sambal yang paling mudah dibuat dan sedap. Kali ni saya try tambah bunga kantan pulak. Memang terbaiklah sedap yak amat. Perah asam limau masa nak makan lagi lagilah makan bertambah-tambah lagi nasi ni.

2. Buah Naga

Buah naga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Sesiapa yang mengalami masalah sembelit elok amalkan makan buah naga ni. Buah naga yang berwarna merah lebih tinggi khasiatnya kerana ia bersifat anti-oksidan dan kaya dengan zat besi.

Resipi Panna Cotta Buah Naga Konnyaku Jelly oleh Nur Nadiah
Kebetulan memborong buah naga ,simpan lama lama nanti rosak lak. So kita olah dia jadi dessert yang pasti jadik rebutan 😊 Jom ler gaiss. #goldenapron23 #konnyakujelly 823/1k

3. Bayam Merah

Bayam merah juga kaya dengan serat, mineral dan vitamin, terutama sekali Vitamin A dan C. Ia juga kaya dengan zat besi dan membantu untuk menambahkan darah.

Resipi Bayam Merah Goreng oleh irar
Semalam ke supermarket bersama anak dara. Ternampak pula dia bayam merah, terus diambilnya 1 dan masukkan ke dlm troli. Saya tahu dia mmg suka bayam merah. Dia kata..‘hari ini biar kakak yg masak bayam’ ..

4. Jambu Air

Jambu air kaya dengan serat dan vitamin, dan juga bersifat anti-oksidan yang dikatakan bagus untuk sistem imun tubuh dan membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser.

Resipi Jeruk Jambu Air oleh Q’leenalee’s Kitchen
🧑‍🍳702🧑‍🍳 🍽️136/2023🍽️ #GoldenApron23 #Week23 #Jambuair Sambil tengok tv sambil ngap tak sedar habis semangkuk .Jeruk atau cicah Buah jambu macamni memang tak dapat dinafikan menjadi kegemaran ramai.kecur air liur dibuatnya kalau nampak menu macamni kan...👍😋

5. Epal Merah

Epal merah berwarna pink seperti epal Fuji atau Pink Lady bukan je cantik dari segi rupa tapi juga kaya dengan serat dan pelbagai jenis vitamin yang bagus untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ia juga bersifat anti-radang dan anti-oksidan.

Resipi Hwachae (Korean Fruit Bowl) oleh Kakak Faa
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 31: THINK PINK! #GlobalApron2024 COOKPAD MAGIC PANTRY: #buahdelima #buahlaici #fujiapple #reddragonfruit #strawberry #tembikai #breastcancerawareness #pinkoctoberwithcookpad Sempena bulan Oktober, bulan Breast Cancer Awareness, faa ada 2 cerita dengan pejuang breast cance…

6. Ubi Bit

Ubi bit rendah kalori tapi tinggi kandungan nutriennya. Bersifat anti-radang dan anti-oksidan, ia kaya dengan zat besi dan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga dikatakan bagus untuk kesihatan jantung yang optimum.

Resipi Creamy Beetroot Sauce Seafood Pasta oleh mamy_kitchen89
💚1844💚 💚353/2024💚 #GlobalApron2024 Challenge 20: HONEY! I L U #Beetroot #Seafood #Basil #Keju #MADU Xpernah makan beetroot😆 Bukan lidah mat salleh kaww lidah asia 😅 Tapi cuba buat nii ya ampunnnn Shoo shedappp wehhhh😍😋

7. Strawberry

Buah strawberry kaya dengan pelbagai vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan seperti Vitamin A, C, E, K dan B6, dan juga mineral seperti magnesium dan kalium. Ia juga dikatakan berupaya meningkatkan fungsi otak.

Resipi Nasi Lemak Strawberry oleh Jeehan Kitchen
#cooksnapramadan #goldenapron2020 #madebyjeehan #cookpadmalaysia Source : cookpader Salina Jalaluddin Terinspirasi dari Kak Salina yang post Resepi nasi lemak strawberry macam Kat Restoran Abang Strawberry,sayapun terus order strawberry Cordial Abang Strawberry, untuk bagi cantik warna nasi lemak st…

8. Salmon

Ikan salmon bukan je sedap dimasak, tapi juga merupakan sumber Omega-3 yang bagus, yang berupaya meningkatkan sistem imun tubuh badan dan menangkis serangan radikal bebas. Ia juga merupakan sumber protein berkualiti tinggi dan juga kaya dengan potassium dan selenium yang bagus untuk kesihatan jantung.

Resipi Grilled Salmon On Bed Of Mashed Potato & Lemon Butter Sauce oleh FZ Adzlin
Makanan ni pernah rsa kat KL..tapi lupa dah nama restoran nya.. tapi masih ingt nama menunya yang tertera dan rasanya pun masih ingt.. wlpn bukan 100% sama rs..tapi hampir sama tu ade lah..heihei.. wktu tu dh ckp kat hti..nk try lah masak menu ni.. tapi tulah.. cari kat fb xde.. cari kat cookpad snd…

9. Grapefruit

Buah sitrus ni mungkin agak sukar didapati di negara kita, tapi khasiatnya sangat tinggi. Grapefruit atau limau gedang kaya dengan serat, mineral dan vitamin terutama sekali Vitamin C yang bagus untuk daya ketahanan tubuh badan. Ia juga bersifat anti-radang dan anti-oksidan, dan boleh membantu menurunkan berat badan berlebihan.

Resipi Citrus Cheese Cake oleh Kak Wan
#immunebooster buah-buahan citrus banyak khasiatnya, selain membekalkan vitamin C, boleh membantu meningkatkan selera dan melawaskan pencernaan,,

10. Garam Himalaya

Garam himalaya berasal dari kawasan pergunungan Himalaya, di mana namanya diperolehi. Kandungan mineralnya seperti kalium, kalsium, magnesium dan zat besi lebih tinggi berbanding garam biasa, dan harganya pun tak lah terlalu mahal jika dibandingkan dengan garam biasa. Tapi awas! Walaupun garam himalaya lebih berkhasiat, korang still kena kawal penggunaan garam dalam pemakanan korang. Less is more!

Resipi Sup Ikan Merah oleh Dapur Yusfarisyia
Global Apron 2024 Challenge 22: Merah ❤️ #MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾 Ikan merah masak sup memang kegemaran suami dan anak bujang saya. Dimakan pula dengan sambal kicap cili padi, memang layan hirup sup panas sambil menyicah isi ikan dengan sambal kicap di waktu hujan lebat, fuhhh! b…

So jom korang kita amalkan pemakanan sihat dan pada masa yang sama tak lupa buat pemeriksaan kendiri sekurang-kurangnya seminggu sekali! Lagi bagus kalau korang boleh buat ujian mammogram sekurang-kurangnya sekali setahun di hospital sebab kadang-kadang benda ni susah nak detect. Ingat, mencegah itu jauh lebih bagus daripada merawat! Bukan lama pun nak check, dalam 10 minit je tiap minggu. Stay healthy korang!