Cari

10 Menu Bawah 10 Minit!

10 Menu Bawah 10 Minit!

Zaman sekarang masa berlalu begitu pantas sekali. Jadi kita pun serba-serbi nak cepat sebab nak kejar masa.

Ada di antara kita yang selalu skip makan dek kerana sibuk berkejar ke sana ke mari ni. Jangaaannn! Makan itu penting. Kalau tak makan, macam mana nak dapat tenaga untuk berkejar-kejaran?

Lagipun tak elok skip-skip makan ni. Masuk angin perut kang baru tau. Kenapa perlu berlapar hanya kerana ingin berkejar? Agitcheww.

Meh minmin kasi tau 10 menu yang tak ambik banyak masa nak membuatnya. Tak lebih 10 minit sap sap sui siap! Sambil berlari sambil makan! Yang penting, sedap dan tetap mengenyangkan.

1. Salad

Siapa kata makan salad tak kenyang? Kalau bubuh ayam, bubuh croutons, boleh kenyang berjam-jam! Salad tak semestinya sayur je semata-mata. Ikut suka kita nak bubuh ikan ke, buah ke, janji tekak boleh terima. Sedap dan berkhasiat!

Salad Ayam dengan Honey Paprika Dressing
Salad Ayam dengan Honey Paprika Dressing⏱ 15-20 minintisi dada ayam, st garam, st lada hitam, biji buah avocado, jengkal lobak merah
Croutons Salad
Croutons Salad⏱ 40minit · 📸 1kentang, kacang merah, roti putih, daun salad (dihiris), tomato (dihiris)
Macaroni Fruit Salad 🇲🇾
Macaroni Fruit Salad 🇲🇾📸 1APPLE MERAH ✅, STRAWBERRY ✅, DRAGON FRUIT ✅, KURMA MERAH ✅, KACANG MERAH ✅

2. Sandwich

Sandwich antara yang paling senang nak buat. Kalau nak kenyang lebih lama, guna roti wholemeal atau multigrain, dan buat style wanpaku. Makanan on-the-go yang senang dibawa dan dimakan di mana-mana jua tak kira tempat, tak kira masa.

Sandwich sihat ala subway
Sandwich sihat ala subway⏱ 45 minit · 📸 2roti wholemeal, biji telur (boleh gantikan dengan protein yang lain), Timun, Bawang, salad
Wholemeal Chicken Sandwich
Wholemeal Chicken Sandwichdada ayam, maggi cukup rasa, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, tepung bestari
Wanpaku Sandwich mamaell
:Beef salami asparagus
Wanpaku Sandwich mamaell :Beef salami asparagussoft loaf, keju, biji telur (goreng mata), beef salami (potong 2), asparagus

3. Telur Dadar

Tau tak telur dadar ni kalau dibubuh macam-macam kat dalam dia memang sangat mengenyangkan. Boleh letak kentang dan buat spanish omelette, atau buat gaya frittata. Dah lah mengenyangkan, sedap dan berkhasiat pulak tu!

👩‍🍳Gyeran-mari (Korean Rolled Omelette)
👩‍🍳Gyeran-mari (Korean Rolled Omelette)⏱ 30 minittelur*, seaweed*, cili merah- cincang, daun bawang- hiris halus, timun jepun* baby- potong kecil
Omelette Spanish (telur dadar Sepanyol
Omelette Spanish (telur dadar Sepanyolbiji kentang, biji bawang besar, Secubit garam, sdb minyak cili bawang putih, pokok daun sup
Spinach Frittata
Spinach Frittata📸 1biji telur ayam saiz besar, susu segar, teh sudu garam, lada hitam ditumbuk kasar, parutan keju Feta tapi saya guna keju mozarella rendah lemak

4. Wrap

Sama macam sandwich, wrap pun makanan on-the-go yang paling senang dibuat. Boleh bubuh apa-apa je yang kita nak kat dalam sebagai inti. Kalau guna wrap wholemeal lagi lama bertahan perut tu!

Tuna Eggroll Wanpaku Wraps
Tuna Eggroll Wanpaku Wraps⏱ 30 minittelur saiz A, daun bawang (hiris), cili api merah (buang biji dan cincang halus), Garam dan serbuk blackpepper, olive oil
Simple chicken tortilla wraps
Simple chicken tortilla wraps📸 1tortilla wraps, isi ayam, tepung goreng serbaguna (salutan ayam), serbuk kari daging (salutan ayam), tomato
Hummus & Chicken Wrap
Hummus & Chicken Wrapkacang kuda dicuci dan ditos, minyak zaitun, tahini, jus lemon, garam

5. Stir Fry

Kalau teringin nak makan nasi, buat je hidangan stir fry. Sayur memang tak elok masak lama-lama pun, so sesuai sangat kalau buat stir fry. Kalau nak protein sikit boleh masuk sekali isi haiwan yang cepat masak macam isi ayam, udang atau sotong.

Vietnamese Stir-Fried Mixed Vegetables 🇻🇳 Vietnam
Vietnamese Stir-Fried Mixed Vegetables 🇻🇳 Vietnam📸 2brokoli *, bunga kubis *, french beans *, jagung muda *, lobak merah *
Cendawan Shimeiji Stir Fry Teriyaki
Cendawan Shimeiji Stir Fry Teriyaki⏱ 10 minitcendawan shimeiji, kicap cair, kicap masin, pes bawang halia, baby corn
Stir Fry Asparagus
Stir Fry Asparagusasparagus(potong pendek), bawang putih🌼, cili api🌼, udang, sos tiram

6. Sup

Sup pun senang nak masak. Campak-campak bahan-bahan semua masuk periuk, lepas tu renehkan untuk beberapa minit, siap! Boleh makan dengan nasi, roti atau macam tu je kalau bubuh kentang sekali.

Sup sayur ubi beet
Sup sayur ubi beet📸 1ubi beet yg dah di potong dadu, biji kentang potong dadu, sdb butter untuk menumis, biji bwg besar di hiris, btg cendawan butang dihiris
Dhal Soup
Dhal Soup⏱ 1 jam · 📸 1kacang dhal - rendam 1 jam, halba, halia, bawang putih, kunyit basah
Sup sayur tauhu telur
Sup sayur tauhu telur📸 1tauhu telur, sayur baby romaine / salad minyak, jagung muda, cili merah, telur

7. Mug Cake

Kek bukan sebarang kek, kek ni boleh siap dalam masa seminit! Yang pasti, tak sampai pun 10 minit, bukan macam kek yang biasa bakar dalam oven tu. Godak-godak dalam mug, masukkan dalam microwave, tekan-tekan butang, settle! Tunggu je lah bunyi “Ting!” tu.

Funfetti mug cake
Funfetti mug cake⏱ 90 saat · 📸 1cup all purpose flour, baking powder, gula, Secubit garam, cup susu dutch lady/coconut milk/almond milk
5 Minutes Banana Chocolate Bread Cake
5 Minutes Banana Chocolate Bread Cake⏱ 5 MenitPisang Masak (130 gr), Tepung Kek (70 gm), Baking Powder, Garam halus, Organic Cinnamon powder
Milo Mug Cake
Milo Mug Cake📸 1sudu besar milo, susu cair, baking powder, sudu besar gula pasir, tepung gandum

8. Telur Kicap

Ni menu klasik zaman-berzaman. Tak kira yang muda, yang tua, yang tak berharta, yang kaya raya, semua kenal menu yang satu ni. Tak payah lauk lain, makan ni je dengan nasi panas-panas pun dah cukup nikmat dah.

Telur Kicap
Telur Kicap⏱ kurang 10 minittelur, Kicap, cili merah besar dipotong serong, bawang besar di hiris, minyak untuk mengoreng
Telur Mata & Bilis Rangup Masak Kicap
Telur Mata & Bilis Rangup Masak Kicap⏱ 15minit · 📸 1telur mata, ikan bilis kecil -digoreng rangup, bawang merah hiris nipis, bawang putih hiris nipis, kicap manis
Telur Kicap Yang Pernah Viral
Telur Kicap Yang Pernah Viral📸 3bawang merah (dihiris), bawang putih (dihiris), @ secukupnya Cili padi (dihiris), telur, Kicap manis

9. Roti Pizza

Tak payah nak susah-susah uli-uli, tepek je semua atas roti slice pastu bakar. Siap! Ni pun satu menu yang boleh letak apa je yang kita nak kat atas dia. Last sekali tabur cheese. Simple, sedap dan semestinya mengenyangkan!

Pizza Roti Gardenia Versi Air Fryer (Makanan Dalam Tin)
Pizza Roti Gardenia Versi Air Fryer (Makanan Dalam Tin)⏱ 30 minit · 📸 4roti putih Gardenia, biji telur, Topping, sudu besar Sos Pasta Tomato Prego, labu bawang Holland
Roti Bakar Ala Pizza
Roti Bakar Ala Pizzaroti sandwich (ikut suka banyak mana), Chicken slice secukup rasa - (dikoyak-koyak, nak letak sekeping-sekeping pun boleh), kucai secukup rasa, cheese slice/cheese parut, Sos pasta tomato sesuai selera
Roti Pizza
Roti Pizza⏱ 3 minitroti, sosej (hiris), mayonis, sos cili, keju Mozarella

10. Smoothie

Smoothie ni bukan je untuk diminum pagi-pagi, bila-bila masa pun boleh. Sesuai sangat untuk yang nak berdiet sebab ni yang paling rendah kalori antara semua. Lebih daripada sekadar air, smoothie ni selalunya dileburkan sekali pisang, susu atau yoghurt, so memang mengenyangkan. Boleh campur sekali dengan macam-macam jenis buah dan sayur untuk minuman yang lengkap dengan vitamin, mineral dan serat.

Kurma Smoothie
Kurma Smoothie⏱ 10 minitkurma, kismis, susu rendah lemak atau susu segar (200ml), madu
Manggo Smoothie Float
Manggo Smoothie Float📸 1biji mangga manis, sudu besar susu pekat manis, mangkuk ais ketul, scop ais krim mangga/vanila, whipped cream
Smoothie buah naga mix mangga
Smoothie buah naga mix mangga⏱ 5-8 minitbuah naga merah(bekukan), mangga(bekukan), susu pekat, susu cair, Whipping cream

Bulan ni kita ada Cabaran Quick Fix. Kalau korang ada resipi-resipi yang mudah, cepat dan ringkas yang boleh siap dalam masa tak sampai 10 minit, boleh lah share dengan kawan-kawan semua kat challenge ni.

Kalau nak banyak lagi idea masakan, kat Cookpad ada beratus-ratus lagi resipi bawah 10 minit yang korang boleh cuba. Tapi jangan lupa install dulu app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore! Baru lah syok layaaannnnn!