Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Tiap-tiap tahun ketika menjelangnya bulan Ramadan, salah satu perkara yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia ialah peluang untuk mengunjungi Bazaar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Tahun lepas merupakan tahun yang paling mencabar buat kita semua dengan kehadiran Covid 19. Kita semua terpaksa menjalani ibadah puasa dalam PKP dengan ketiadaan Bazaar Ramadan seperti lazimnya. Hasilnya, ramai yang mula belajar membuat juadah berbuka puasa sendiri dan Cookpad menjadi salah satu platform rujukan utama bagi tujuan ini.

Tahun ini, apa kata kita teruskan dengan membuat juadah berbuka puasa sendiri? Selain lebih menjimatkan belanja, kebersihan dalam penyediaannya juga lebih terjamin dan kita juga boleh memastikan ia menepati citarasa kita dan ahli keluarga yang lain. Lagipun, tiada yang lebih memuaskan hati daripada menikmati juadah hasil air tangan sendiri. Jom kita cuba resipi-resipi juadah popular Bazaar Ramadan yang dikongsi oleh rakan-rakan Cookpaders kita ini!

1. Roti John

Roti John oleh mommyLyen

2. Murtabak

Murtabak Daging Mabeless oleh Leeina Qaliena

3. Nona Manis

Kuih Nona Manis oleh Mawar Wilsa

4. Ayam Percik

Ayam Percik oleh Lily Suryani Mohd Ali

5. Nasi Tomato

Nasi Tomato Ayam Masak Merah pasti repeat oleh atikah

6. Nasi Kerabu

Nasi Kerabu oleh mamy_kitchen89

7. Tepung Pelita

Tepung Pelita oleh KasiTapau Channel

8. Sotong Bakar

Sotong Bakar Mudah oleh Florina Matius Amin

9. Popia Basah

Popia Basah oleh Hana Hana

10. Roti Jala

Roti Jala 6 Bahan oleh Sesimple Loralin

11. Air Katira

Air Katira Cincau oleh Meor SR

12. Puding Karamel

Puding Karamel Tanpa Telur oleh Dapur Yusfarisyia

13. Bubur Lambuk

Bubur Lambuk Nasi Sejuk oleh Cikgu Faez

14. Puding Jagung

Puding Jagung oleh Saza Ez

15. Agar Agar

Agar Agar Rum Pum Pum Oreo oleh KAM Alex

16. Kuih Bakar

Kuih Bakar Bijan oleh Haliza Jeran

17. Kuih Cara

Kuih Cara Gula Melaka oleh Julia ALeen Aireish

18. Bubur Jagung

Bubur Jagung oleh imel_recipe

19. Onde Onde

Onde Onde oleh Norbaiti Modtrifi

20. Karipap Pusing

Karipap Pusar oleh Aini Sait