Bulan Ramadan ialah bulan yang penuh keberkatan. Dalam bulan yang mulia ini, umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala yang berlipat ganda dengan memperbaiki dan mempertingkatkan amalan, baik yang wajib mahupun yang sunnah.

Salah satu cara mudah untuk mendapatkan pahala ialah mengambil makanan sunnah. Makanan sunnah ialah makanan yang disebut di dalam Quran dan Hadis sebagai makanan kegemaran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. ketika hayatnya. Dengan mengambil makanan sunnah dengan niat mencontohi Rasullullah S.A.W., kita juga boleh beroleh pahala. Bukan itu sahaja, makanan sunnah juga dikatakan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan sangat bagus untuk kesihatan.

Tahun ini, apa kata kita berbuka puasa dengan makanan sunnah untuk pahala berganda dan juga kesihatan? Terdapat banyak makanan sunnah yang diambil oleh Rasullullah semasa hayat Baginda, tetapi untuk artikel minggu ini, kita pilih 10 makanan sunnah yang boleh digunakan dalam penyediaan hidangan berbuka nanti.

  1. Kurma
  2. Madu
  3. Delima
  4. Habbatus Sauda
  5. Buah Zaitun
  6. Timun
  7. Anggur
  8. Susu Kambing
  9. Labu Kuning
  10. Barli

1. Kurma

Buah kurma sinonim sebagai pembuka tirai ketika berbuka puasa bagi umat Islam di seluruh dunia. Kecil tetapi penuh khasiat dan mengenyangkan, buah kurma kaya dengan vitamin, mineral, serat dan dikatakan mengandungi 23 jenis asid amino yang mana sebahagiannya tidak ditemui dalam kebanyakan buah-buah popular seperti epal, oren dan pisang. Selain daripada itu, buah kurma juga adalah sumber tenaga asli yang baik untuk tubuh badan. Susu kurma merupakan salah satu minuman yang paling popular ketika Ramadan.

Resipi Kurma butter oleh Ziana Chesaad
Kurma Butter Viral.. Kurma yang dibuang biji kemudian diletakkan butter ditengahnya. Menu yang nampaknya VIRAL menjelang Ramadan kali ni... Untuk lebih sedap boleh letak Almond, Pistachios ataupun kekacang... Tp yang ini ziana tak letak sebab ziana buat apa yang ada dirumah jer. Kurma merupakan maka…

2. Madu

Khasiat madu lebah sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Selain kaya dengan antioksidan yang melindungi sel-sel tubuh badan daripada radikal bebas, madu juga merupakan sejenis antikuman semulajadi yang mampu membunuh bakteria, fungus dan protozoa. Seperti buah kurma, madu juga merupakan sumber tenaga asli yang baik untuk tubuh badan. Madu lazimnya digunakan di dalam minuman dan manisan.

Resipi Ayam Bakar Mayonis Madu 3 BAHAN oleh RH Kitchens
#resipi3bahan #goldenapron2020 Menjadi juga walau hanya guna 3 bahan😂 makan ratah macam tu pun sedap. Kalau cicah dengan sos cili atau sos bbq lagilah sedap.

3. Delima

Buah delima bukan sahaja mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin, antioksidan dan potassium yang tinggi, tetapi juga sebiji buah delima dikatakan mampu membekalkan sehingga 40% keperluan harian Vitamin C untuk orang dewasa. Rasanya yang manis sesuai dijadikan ramuan dalam minuman dan pencuci mulut. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan organ dalaman seperti jantung dan buah pinggang, tetapi juga dikatakan "ubat" awet muda yang sangat mujarab!

Resipi 🇮🇹 Zabaglione Fruit custard oleh imel_recipe
#cppassport Country of the week Italy🇮🇹 Resipi asal Zabaglione ini menggunakan telur dan Marsala wine (alkohol) tapi dalam resipi ini, saya hanya gunakan tepung kastard dan tanpa telur. Resipi kastard buah ini sangat mudah dan sangat sedap di nikmati ketika sejuk sebagai pencuci mulut. Rasanya yan…

4. Habbatus Sauda

Habbatus sauda atau juga dikenali sebagai jintan hitam ialah sejenis makanan sunnah yang dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Selain meningkatkan sistem imun tubuh badan, ia juga bersifat anti-radang, anti-mikrobial dan anti-tumor. Habbatus sauda boleh dicampurkan terus ke dalam minuman atau masakan atau ditaburkan sahaja ke atas hidangan.

Resipi Saffron Naan with Habbatussauda oleh Nihadriz Niha
Hari tu dah share resipi stew. Kali ini adalah pasangannya. Naan gebu lembut memang sedap cicah apa jua kuah. Kari ke, stew ke, semua jalan. Especially lepas moreh kan. Jom je pantry untuk godek bahan-bahan. Habbatussauda (3 point) Saffron (3 point) Buah zaitun (3 point) 9 points #GlobalApron2024 #G…

5. Buah Zaitun

Buah zaitun mempunyai kandungan Vitamin E yang sangat tinggi, dan juga antioksidan yang berupaya melindungi tubuh daripada radikal bebas. Ia juga dikatakan mampu menurunkan kadar kolestrol di dalam darah dan mencegah dari pelbagai penyakit dalaman seperti diabetes, kanser, Alzheimer dan batu karang. Selain daripada itu, minyaknya juga banyak dimanfaatkan untuk tujuan kecantikan. Minyak zaitun lazimnya dicicah dengan roti atau dilumur pada ikan dan daging sebelum dibakar atau dipanggang.

Resipi 🇮🇹 FOCACCIA BREAD oleh Keroroyz Royz
🥖 🍞 🫒 Akak buat focaccia. Serious lembut & garing bahagian luarnya. Texture macam roti pizza. Wangi bau rosemary 1 rumah. Ujan2 syok celup dalam sup panas, hepi meneraiiii 😉 ➡️ source Natashaskitchen

6. Timun

Timun ialah sejenis sayur yang lazim ditemui di negara kita, tetapi tidak ramai yang sedar akan khasiatnya. Rasanya yang sejuk dan menyegarkan amat sesuai dijadikan minuman atau ulam. Kandungan air di dalam timun juga adalah tinggi iaitu lebih daripada 90%, jadi ia mampu menghidratkan kembali tubuh badan yang lesu dan kekurangan air serta menyingkirkan toksin dalam tubuh badan. Timun juga kaya dengan nutrisi, serat dan antioksidan.

Resipi Timun Tumis Simple oleh Dapur Yusfarisyia
Resipi dalam draf juga. Menu campak-campak juga ni sebab kepala berdenyut-denyut terkena hujan. Gagahkan diri jugak untuk masak sebab perlu ambik ubat yang diharuskan makan bersama pada waktu makan tengahari dan makan malam.

7. Anggur

Anggur datang dalam pelbagai warna - ada yang hijau, merah, ungu dan hitam, setiap satunya dengan khasiatnya yang tersendiri. Secara amnya, anggur ialah sejenis buah-buahan yang kaya dengan nutrisi terutamanya Vitamin C dan K, dan juga mempunyai nilai antioksidan yang tinggi terutama sekali pada kulitnya dan bijinya. Ia juga mampu merangsang sistem imun tubuh badan dan baik untuk kesihatan jantung. Anggur seringkali dijadikan bahan dalam minuman dan manisan.

Resipi Buko Anggur oleh Ani Delighted
Menu yang sesuai dimusim panas begini. Nikmatnya apabila telah disejukkan. Buko anggur, lebih cita rasa dengan menambahkan selasih , anggur kering@kismis dan longan. Masak apa yang ada didapur.

8. Susu Kambing

Tidak ramai yang menggemari susu kambing kerana baunya yang sedikit hamis. Tetapi hakikatnya susu kambing mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Susu kambing kaya dengan kalsium, magnesium, oligosakarida dan Vitamin D yang berupaya meningkatkan ketahanan tubuh badan. Sifatnya yang mudah dihadam dan kandungan laktosanya yang rendah juga menjadikannya alternatif yang paling ideal untuk mereka yang mempunyai masalah intoleransi laktosa atau perut sensitif.

Resipi Bubur Udang Bayam Hijau dan Susu Kambing Segar oleh Zuen Zulkifli
Resipi sedap dan mudah untuk Bubur Udang Bayam Hijau dan Susu Kambing Segar.

9. Labu Kuning

Rasa labu kuning yang lemak manis sesuai dijadikan pencuci mulut dan penyedap masakan. Labu kaya dengan serat yang melancarkan penghadaman, serta pelbagai nutrisi termasuk beta karoten, antioksidan, zat besi, vitamin, fosfor, lutein dan natrium. Nutrien yang terdapat di dalam buah labu bagus untuk kesihatan mata, melancarkan darah dan meningkatkan sistem imun tubuh badan.

Resipi Donat Labu Kuning Gebus Gebas Lembut Menggoda Kalbu 😍 oleh Leeina Qaliena
Donat labu kuning ini dah lama hakak buat.Hakak kongsikan resepi nya disini untuk yang ingin mencubanya👍😍

10. Barli

Barli bukan sahaja enak dijadikan bubur atau minuman, tetapi juga berupaya menyejukkan tubuh badan, jadi ia amat sesuai dimakan ketika demam atau cuaca panas. Kaya dengan fiber, vitamin dan mineral, barli juga mengandungi beta-glucan yang dikatakan mampu menurunkan paras kolestrol di dalam darah. Kandungan tokotrienol dan tokoferol yang tinggi di dalam barli pula dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Resipi Bubur barli oleh 0h Hana !!
#sarapansihat untuk yang sedang berdiet.. Banyak manfaat yang terdapat pada barli... Merawat kencing kotor Menurunkan berat badan Merendahkan tahap kolestrol Menjadikan jantung lebih sihat Membantu sistem penghadaman Mengawal tahap gula Kulit yang cantik sihat Menyejukkan tubuh dan banyak lagi lah..…

Selain daripada 10 di atas, lain-lain makanan sunnah yang korang boleh gunakan juga dalam masakan termasuk cendawan, buah tin, daging kambing, tembikai, cuka, halba, halia, kunyit dan saffron.

Makanan sunnah yang manakah menjadi pilihan korang terutama sekali untuk berbuka puasa? Share dengan minmin di ruangan komen!

Kalau korang ada resipi berasaskan makanan sunnah, share dengan kengkawan kat Cookpad! Sekarang Ramadan Month Challenge 2: Sunnah Food sedang berlangsung, so alang-alang tu, jom hantar sekali resipi makanan sunnah korang ke cabaran ni.