Di zaman sekarang, kebanyakan ibu-ibu lebih sedar akan kebaikan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak mereka ke sekolah. Selain daripada menjimatkan belanja rumah, ibu-ibu juga boleh mengawal khasiat dan kebersihan makanan anak-anak mereka.
Sempena cuti sekolah yang bakal berakhir tidak lama lagi menandakan permulaan sesi baharu persekolahan di seluruh negara, ibu-ibu mesti pening memikirkan menu bekalan anak-anak ke sekolah. Kepelbagaian dalam menu bekalan seharian anak-anak adalah penting bagi memastikan anak-anak tidak bosan menghadap menu yang sama setiap hari dan tetap berselera menikmati bekalan yang mereka bawa berbanding dengan makanan yang dijual di kantin sekolah.
Jangan bimbang, Cookpad mempunyai beribu-ribu resipi yang boleh dijadikan inspirasi dalam merancang menu bekalan ke sekolah. Di sini kami persembahkan 10 resipi yang mudah, enak lagi berkhasiat sebagai permulaan:










Ada banyak lagi idea resipi untuk kanak-kanak yang boleh didapati di Cookpad Malaysia, seperti pizza roti, dorayaki, poket doraemon, popcorn chicken, wanpaku sandwich, mac & cheese, burger dan bermacam-macam lagi. Hanya taip kata kunci atau nama resipi yang diingini di bar carian atau "search bar" dan tekan "enter" untuk melihat resipi-resipi yang tersenarai di bawahnya. Atau jika anda tidak pasti resipi apa yang ingin dicari dan mahu melihat pilihan-pilihan yang ada untuk dicuba, hanya taip kata kunci "kanak kanak", "budak" atau "kids" dan tekan "enter", dan semua resipi yang tersenarai di bawah kategori tersebut akan kelihatan.
Selamat mencuba!