Buat Sendiri 10 Kuih Simple & Sedap!

Time-time musim hujan ni memang best pekena seteko teh dan sepiring kuih. Tapi hujan-hujan ni malaslah pulak nak menapak keluar cari kuih. Dengan traffic jam dan jalan banjirnya lagi. So penyelesaiannya, buat sendiri je! Bukannya susah pun. Kebanyakan bahan-bahan dah ada pun kat dapur tu, tinggal nak buat dengan tak je.

Korang tau tak kat Cookpad ada beribu-ribu resipi kuih muih yang korang boleh try buat sendiri, termasuk beratus-ratus kuih simple yang tak guna banyak bahan dan tak renyah pun nak membuatnya.  

Kuih muih sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia, terutamanya kaum Melayu. Ada berjenis-jenis kuih yang boleh didapati di negara kita - ada yang manis, ada yang masin, ada yang pedas - dan yang istimewanya, setiap negeri ada kuihnya yang tersendiri.

Pergi je ke mana-mana gerai atau warung, pasti ada hamparan kuih muih untuk dipilih. Sama ada untuk sarapan pagi, untuk minum petang, sebagai juadah berbuka puasa, ketika moreh, sebagai pencuci mulut dan juga dihidangkan buat tetamu yang berkunjung, kuih ialah satu hidangan versatil yang boleh dinikmati bila-bila masa dan di mana sahaja.

10 Kuih Simple Wajib Cuba

Kat sini minmin dah siap-siap pilih 10 resipi kuih yang bukan je senang nak membuatnya tapi confirm sedap untuk korang try buat sendiri kat rumah. Buat sendiri lagi jimat dan puas makan!

1. Kuih Ubi Kayu Kukus Manis

Kuih ni diperbuat daripada ubi kayu kisar frozen, garam, gula dan kelapa parut je. Simple je tapi yang pasti, sedap!

Resipi Kuih Ubi Kayu Kukus Manis oleh ha.lim39
#216/846/2025 #846/1000 #UbiKayu : Alhamdulillah siap mengukus kuih ubi kayu kukus manis yang simple dan mudah..Makan bersama secawan teh @ kopi panas waktu tengah hujan sedap sangat.

2. Kuih Tepung Puli

Kuih yang diperbuat daripada tepung pulut, tepung ubi, gula, garam dan santan ni boleh dipelbagaikan warnanya agar lebih kelihatan menyerlah.

Resipi Kuih Tepung Puli oleh Dapur Yusfarisyia
Inspirasi Merdeka 🇲🇾 Dlm meraikan kemerdekaan ke-68, Malaysia sekali lagi memilih tema yg penuh bermakna utk sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 iaitu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni‘. Utk cabaran bulan Ogos ni sy cooksnap resipi Kuih Tepung Puli drpd adik @airtangan_ummirizqi. Sy ttar…

3. Apam Pisang Tanpa Mixer

Kalau ada pisang masak ranum kat rumah tu, selain daripada cokodok boleh juga dibuat apam pisang. Tak payah guna mixer pun boleh naik cantik begini.

Resipi Apam Pisang (Tak Perlu Mixer) oleh CTIE BAKERYS
Disebabkan ada pisang dirumah yang dah masak ranum, dari membazir maka terjadilah APAM PISANG yang sangat mudah untuk dibuat. Tak perlu Mixer pun boleh jadi kuih sesedap ini

4. Kuih Tako

Diperbuat daripada daun pandan, tepung jagung, gula dan santan, kuih dengan rasa lemak manis ni lebih sedap kalau disimpan dalam peti sejuk dulu.

Resipi Kuih Tako Mudah oleh Julia ALeen Aireish
Tako mudah aje.. cuba resipi dari rakan-rakan.. Anak-anak tak suka letak sengkuang so kita skip kan..kalu letak pakat tinggal aje la tak makan.. Suka yang kosong plain aje.. bila makan tu terus masuk tekak tak rasa berbiji bendasing.. gitewww😁

5. Kuih Lapis Sukatan Cawan

Kuih klasik ni guna sukatan cawan je ala orang dulu-dulu, tak payah pakai penimbang pun boleh jadi sedap, tak terlalu keras dan tak terlalu lembik.

Resipi Kuih Lapis Sukatan Cawan oleh imel_recipe
#GlobalApron2024 #week16challenge #sukatancawan #tepungberas-1pt #tepunggandum-1pt #tepungjagung-1pt #santan-1pt Sebenarnya, saya lebih suka gunakan sukatan guna penimbang. Yala lebih tepat kan. Tapi, kalau nak senang guna cawan pun ok. Bayangkan lah mak, nenek kita dulu semuanya main guna cawan jer…

6. Onde Onde Gula Melaka

Popular ketika bulan Ramadan, istimewanya onde onde ni bila ia digigit - time gula melaka tu meletus dalam mulut peerrgghhh ... nikmat!

Resipi Onde Onde Gula Melaka oleh Nuharahmat
🌏 Global Apron 2024 🌏 #GlobalApron2024 #TepungPulutTepungGandumKelapaParutDaunPandanGulaMelaka #Week4 #Moreh #MakeEverydayCookingFun . Biasalah kan kakak ni kalau makanan iftar selalu nya buat lebih sekalikan dengan moreh. Idok le penat memikir kan nya haaa. Cuma kadang2 kalau ada permintaan dari …

7. Kuih Sagu Merah

Kuih yang juga dikenali sebagai kuih bronok ni hanya diperbuat daripada biji sagu, gula, sirap ros dengan kelapa parut, tapi rasanya boleh bikin ketagih!

Resipi Kuih Sagu Merah oleh shazrina
Biasa panggil kuih telur katak sebab rupanya macam telur katak🤣kuih fav ni tapi tak pernah buat..dulu masa kecik² mak selalu la buat..sekarang beli je🤣 Sangat senang ye nak buat..sebelum ni memang berhajat nak buat tapi takut tak jadi sebab pernah pegi rumah kawan dia hidangkan kuih ni buat sendir…

8. Kuih Dangai

Sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada kelapa muda parut, tepung pulut, gula dan garam, kemudian dibakar di dalam loyang. Simple tapi sangat sedap!

Resipi Kuih Dangai oleh Noor Atika Mahamood
″بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ” Kuih dangai merupakan sejenis kuih turun-temurun yang ringkas dan mudah pembuatannya. Ia juga merupakan salah satu kuih tradisional yang agak lama dan masih diminati ramai sehingga ke hari ini, terutamanya bagi golongan berusia. Bahan utama da…

9. Apam Balik

Sejenis kuih yang biasa dijual di pasar malam atau bazaar Ramadan. Tak susah sebenarnya nak buat sendiri, boleh letak banyak mana kita nak inti dia.

Resipi Apam Balik oleh Nor Al Fatihah
Semalam layan apam balik sambil tengok Tangan Seni kat TV Al-Hijrah..resepi saya masuk tv..hihii..excited sangat tengok sampai tak sedar apam balik dah habis.. Sesuai sangat la ni Lailer masak apam balik sebab senang sangat buatnya..sedap & lembut je.. Kalau Jekfer makan ni mesti bertambah-tambah sa…

10. Cucur Jawa

Kuih yang popular zaman-berzaman ni pun sebenarnya tak serumit mana pun nak membuatnya. Yang penting, peram sekurang-kurangnya 4-5 jam dan ikut teknik menggoreng yang betul.

Resipi Cucur Jawa oleh Norashikin Rahmat
Coq Jawa.. Kuih ni feveret kami sekeluarga. Kalau nampak orang jual mesti beli lah. Tapi tak penah buat sendiri sebab rasa macam susah ja nak jadi 🤭. Demi menyahut cabaran HOF Worthy ni, akak cuba buat cucur jawa menggunakan resepi @Sirap_Cheese . Thanks dear for the recipe 😘. Senang sangat nak bu…

Kongsi Resipi Kuih Simple Versi Anda!

Korang ada resipi kuih muih yang sedap dan senang dibuat? Jom share dengan kawan-kawan semua kat Cookpad! Tapi pastikan korang download apps Cookpad dulu di PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih memuaskan!

Lain-lain Blog Artikel Yang Anda Mungkin Suka

Korang dah baca blog artikel yang ini? Kalau belum, klik je kat bawah ni:

10 Resipi Kuih-Muih Tradisi Untuk Berbuka Puasa
Lazimnya, ramai di antara kita yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu sebelummenikmati hidangan utama. Sebagai umat Islam, kita juga disarankan berbukadengan makanan yang manis-manis. Kuih-muih juga sering dinikmati ketika moreh,iaitu selepas solat terawikh. Ramai yang lebih gemar membelinya …
8 Bahan Kaya Probiotik Untuk Kesihatan Optimum
Apakah bahan-bahan yang kaya dengan probiotik? Apakah beza di antara probiotik dan prebiotik? Kenapa probiotik penting untuk kita? Semua jawapannya ada di sini!
10 Menu Bawah 10 Minit!
Zaman sekarang masa berlalu begitu pantas sekali. Jadi kita pun serba-serbi nakcepat sebab nak kejar masa. Ada di antara kita yang selalu skip makan dek kerana sibuk berkejar ke sana kemari ni. Jangaaannn! Makan itu penting. Kalau tak makan, macam mana nak dapattenaga untuk berkejar-kejaran? …