Kalau tahun lepas kita ada Golden Apron 23, tahun ni kita ada Global Apron 2024 pulak gaaaiiissss!

Masih berasaskan bahan-bahan, tapi instead of Mystery Bag kita ada Cookpad Magic Pantry pulak.

Hanya masak ikut tema minggu berkenaan menggunakan sekurang-kurangnya 2 bahan dalam Cookpad Magic Pantry selama 40 minggu, dan Global Apron 2024 yang eksklusif ni boleh jadi milik korang! Takde jual kat mana-mana tau apron Cookpad ni semua, boleh dapat hanya dengan join cabaran tahunan Cookpad je.

Nak menang Global Apron 2024 tak? Kalau nak, meh duduk rapat-rapat dan baca betul-betul kat bawah ni 👇

  1. Apa itu Global Apron 2024
  2. Cara-cara nak join Global Apron 2024
  3. Syarat-syarat wajib Global Apron 2024
  4. Habuan Global Apron 2024

Apa itu Global Apron 2024

Global Apron 2024 ialah cabaran global tahunan yang dianjurkan oleh Cookpad, di mana korang berpeluang memenangi apron eksklusif Cookpad. Bagi pengumpul apron dan "saka" Cookpad, challenge macam ni memang ditunggu-tunggu!

Cabaran ni berlangsung selama 45 minggu dari Isnin, 4 Mac 2024 hingga Ahad, 19 Januari 2025. Korang hanya perlu complete 40 minggu je, boleh start bila-bila dan boleh skip bila-bila, janji cukup 40 minggu.

Setiap minggu, minmin akan bagi tema dan list bahan-bahan terpilih dalam Cookpad Magic Pantry yang korang boleh baca dalam challenge page minggu berkenaan. Korang hanya perlu pilih sekurang-kurangnya 2 bahan daripada bahan-bahan yang tersenarai dan masak ikut tema minggu tu. Setiap resipi yang dihantar wajib guna sekurang-kurangnya 2 bahan yang tersenarai.

Walaupun jumlah minimum 2 bahan dalam 1 resipi seminggu, korang digalakkan untuk guna sebanyak mungkin bahan-bahan yang tersenarai. Sebab apa? Sebab setiap bahan ada point masing-masing, dari 1 untuk yang paling senang dapat hingga 3 untuk yang paling susah dapat. Sistem point ni tak ambik kira berapa kali korang guna bahan tu untuk minggu tu, tapi berapa banyak bahan-bahan yang korang guna untuk minggu tu.

Contohnya, katalah dalam list minggu tu ada telur (1 point), ketam (3 point) dan sawi (1 point). Kalau korang submit 10 resipi guna telur dan sawi, point yang korang dapat untuk minggu tu kekal hanya 2 je, sebab korang hanya gunakan 2 bahan je. Kalau korang submit satu resipi yang guna telur, ketam dan sawi, point yang korang dapat untuk minggu tu ialah 5, sebab korang gunakan 3 bahan.

So, lagi banyak bahan-bahan yang korang masak, lagi banyak points yang korang dapat kumpul. Nak guna semua bahan-bahan tu dalam satu resipi pun boleh, nak pecahkan pada beberapa resipi pun boleh, janji setiap resipi guna sekurang-kurangnya 2 bahan yang tersenarai.

Points yang dah kumpul banyak-banyak ni nak buat apa? Haaaa ... kena baca sampai habis okaaayyyy 😆

Cara-cara nak join Global Apron 2024

  1. Challenge page mingguan keluar tepat pukul 9 pagi setiap hari Jumaat sebelum minggu baru bermula, supaya korang boleh plan awal nak masak apa minggu tu. Check challenge page kat app Cookpad korang untuk mengetahui tema dan senarai bahan-bahan bagi minggu yang berkenaan.
  2. Pilih bahan-bahan yang nak dimasak dan masak ikut tema yang diberi. Jangan lupa ambik gambar sekali!
  3. Upload resipi korang ke challenge Global Apron dengan menekan button "Hantar Resipi" di challenge page berkenaan. Jangan lupa letak hashtag #GlobalApron2024 (wajib) dan bahan-bahan yang korang gunakan (contoh, letak hashtag: #AyamCendawan atau kalau panjang sangat letak je senarai bahan-bahan pantry yang korang gunakan dalam resipi tu, contoh: Bahan-bahan pantry: ayam, cendawan, telur, daging, sawi, tauhu) kat bahagian story resipi korang.
  4. Selesai! Simple je kan? Dah boleh rehat tunggu tema dan list minggu seterusnya!

Syarat-syarat wajib Global Apron 2024

  1. Resipi mesti mengikut tema mingguan yang diberi dan menggunakan sekurang-kurangnya 2 daripada bahan-bahan yang tersenarai dalam Cookpad Magic Pantry.
  2. Hanya resipi baru yang diterima. Tidak dibenarkan menggunakan gambar-gambar atau copypaste content daripada resipi lama yang pernah di upload di Cookpad.
  3. Gambar utama mestilah gambar hidangan yang dah siap masak. Tidak dibenarkan chup tempat dulu dengan menggunakan gambar bahan-bahan. Resipi tanpa gambar utama yang sahih akan dikeluarkan secara automatik.
  4. Resipi harus disertakan dengan hashtag #GlobalApron2024 dan senarai bahan-bahan yang digunakan (contoh: #AyamCendawan) di bahagian story resipi.
  5. Resipi mesti mempunyai sukatan bahan-bahan yang lengkap dan sekurang-kurangnya 3 gambar atau video clip di bahagian langkah-langkah. Pastikan bahan-bahan Magic Pantry jelas kelihatan di dalam gambar langkah-langkah.
  6. Kena complete 40 minggu daripada 45 minggu keseluruhan. Rongak kat tengah-tengah pun takpe, janji cukup 40 minggu lepas cabaran tamat.

Habuan Global Apron 2024

  1. Top 3 Top Scorers iaitu tiga orang Cookpaders yang dapat points tertinggi setiap minggu akan dapat special e-cert (1st, 2nd, 3rd).
  2. Top 3 Top Scorers keseluruhan iaitu tiga orang Cookpaders yang dapat points tertinggi untuk Global Apron 2024 Challenge akan dapat special e-cert dan hadiah istimewa daripada minmin.
  3. Golden Apron 23 alumni iaitu Cookpaders yang berjaya complete Golden Apron 23 Marathon tahun lepas akan dapat special extra gift daripada minmin jika berjaya complete Global Apron 2024 Challenge.
  4. Semua Cookpaders yang berjaya lengkapkan 40 minggu mengikut syarat-syarat yang diberi akan dapat apron eksklusif Global Apron 2024 dan printed cert yang akan dipos pada minggu pertama Februari 2025.

Apa macam geng? Are yew readeh bebeh?? Jom bersiap sedia untuk selongkar Cookpad Magic Pantry!