Siapa tak suka biskut? Boleh dikatakan semua orang tak kira tua, tak kira muda, semua suka makan biskut!
Biskut juga sesuai dibuat hadiah kepada sesiapa sahaja, tak kira apa jua tujuannya, terutama sekali biskut yang dibuat dari hati hasil air tangan kita sendiri.
Untuk sesuatu yang berbeza, apa kata kali ni kita cuba biskut dari negara lain selain Malaysia? Tak kenal maka tak cinta! Di Cookpad ada berjuta-juta resipi biskut yang korang boleh cuba buat sendiri kat dapur korang, dari Timur Tengah hingga seluruh pelusuk benua Eropah!
Untuk seminggu je, Cookpad nak ajak korang sama-sama nikmati biskut dari negara-negara di serata dunia dalam kempen #BakeWithLove. Jom belajar buat biskut dari luar negara!
Tempoh Kempen
๐ 11 Februari 2025 (Selasa) hingga 17 Februari 2025 (Isnin)
Macam mana nak join?
- Pastikan korang follow akaun Cookpad Malaysia @cookpad_my di Instagram (IG).
- Pilih mana-mana resipi dari negara Cookpad selain daripada Cookpad Malaysia (korang boleh guna Google Translate atau ChatGPT untuk translate ke Bahasa Melayu atau English) ATAU pilih salah satu daripada lima resipi yang minmin dah siap translate untuk korang kat sini atau sini.
- Buat biskut pilihan korang dan ambil gambar atau video.
- Share hasil buatan korang tu kat IG korang sama ada melalui post, story atau reel berserta tiga hashtag berikut: #CookpadKitchenTour #BakeWithLove dan #CookpadMalaysia. Jangan lupa tag @cookpad_my dan IG Cookpad negara resipi asal tu kat post, story atau reel korang supaya kita orang boleh repost kat IG Cookpad masing-masing!
- Hantar Cooksnap pada tuan punya resipi asal, dan upload resipi korang kat Cookpad (jangan lupa hantar masuk challenge page). Make sure Cooksnap dan resipi korang tu disertakan tiga hashtag yang minmin nyatakan kat atas tadi, dan tepek URL resipi asal kat bahagian story resipi korang.
Biskut negara mana yang bakal korang hidangkan? Tak sabar minmin nak tengok hasilnya! ๐งก๐งก๐งก