Kebanyakan daripada kita kalau masak lauk, jenis campak-campak je. Tak fikir banyak, apa yang ada lebur je semua dalam kuali. Campak itu ini, siap!

Pastu bila nak masak balik dah blur. Sebab tak ingat apa-apa bahan yang kita dah bubuh, berapa banyak kuantiti dia, bubuh bahan apa dulu.

Tu yang kalau orang tanya resipi, terbit lah jawapan: “Entah, aku pakai campak-campak je!”

Pentingnya catit resipi

Haaaa kalau nak tau, rahsia nak pastikan masakan kita tu konsisten je dari segi rasa ialah dengan mencatitnya, dari sukatan bahan-bahan sampailah langkah-langkah step-by-step.

Itulah pentingnya tulis resipi elok-elok somewhere. Supaya takde lagi istilah “lupa” atau jawapan seperti di atas.

Walaupun sekadar resipi campak-campak. Wajib dokumentasi semua supaya bila nak masak balik takde la timbul persoalan “Eh, kenapa rasa dia lain daripada yang aku masak hari tu eh?”

Resipi campak-campak pun boleh jadi resipi trademark kita tau!

Tapi catit pun bukan sekadar catit kat mana-mana je. Catit kat tempat yang selamat dan senang diingat, sebab kalau tak ingat catit kat mana pun masalah jugak tu.

Kelebihan catit resipi dalam Cookpad

Salah satu tempat yang gerenti selamat sampai bila-bila untuk koleksi resipi korang ialah Cookpad.

Bila anak cucu, sedara mara, rakan taulan nak masak balik esok, tak payah tanya-tanya lagi dah. Terus je boleh rujuk Cookpad kita. Share je link dengan dia orang. Kan senang tu! Kita pun tak penat nak explain berkali-kali, betul tak?

Satu lagi, memang lumrah manusia ni senang sangat lupa. Terutama sekali bila umur semakin meningkat rumaja ni. Kadang masuk bilik dah tak ingat dah sebab apa, nak ambik apa. Inikan pulak resipi yang dah lama masak.

So kalau korang sayang resipi-resipi yang korang dah penat kumpul daripada orang lain atau resipi-resipi yang korang dah susah payah cipta sendiri, lepas ni jadikan habit mencatit setiap satu daripada resipi korang tu dalam Cookpad.

Kalau simpan dalam buku, boleh reput, hilang atau rosak. Nak bawak sana-sini pun leceh. Kalau tertinggal kat mana-mana, naya tak boleh memasak.

Disebabkan Cookpad ada app dia sendiri, korang boleh akses je library resipi korang melalui phone korang. Even kalau phone korang rosak atau hilang pun, resipi korang tetap tak terjejas, selamat tersimpan selama-lamanya dalam Cookpad korang.

Jom start abadikan resipi!

Dah ready nak bina library resipi abadi korang?

Jom kita start dengan masakan campak-campak korang! Semua orang pasti ada beberapa resipi campak-campak kan?

Bulan Julai ni ialah bulan Main Campak Campak! Campak masuk mana-mana resipi campak-campak korang dalam challenge bulan ni, supaya korang dan orang lain turut boleh dapat manfaat daripadanya.

Jom Main Campak Campak geng!

Jangan lupa  download app Cookpad dulu melalui PlayStore atau AppStore untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!