Sabtu ni, genaplah 67 tahun sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Hari yang penuh bersejarah dan bermakna bagi semua rakyat Malaysia.

Apa plan korang sempena Hari Merdeka? Bawak family tengok perarakan Merdeka? Atau santai-santai je kat rumah sambil layan filem patriotik?

Walau apa pun plan korang weekend ni, perut mesti diisi jugak, betul tak?

Sempena Hari Merdeka yang ke-67 ni, apa kata kita masak menggunakan bahan-bahan yang senada dengan warna bendera negara kita, Jalur Gemilang?

Lebih daripada hanya nampak menarik dengan warnanya yang terang, setiap bahan berwarna mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

1. Merah

Bahan-bahan berwarna merah kaya dengan antioksidan seperti anthocyanin dan polifenol yang bagus untuk kesihatan mata dan kardiovaskular. Bahan-bahan berwarna merah sangat senang diperolehi dan boleh dikatakan antara bahan-bahan yang paling banyak digunakan dalam dapur rakyat Malaysia.

Antara bahan-bahan yang berwarna merah: tomato, cili merah, epal merah, strawberry, kurma merah, kacang merah, lada benggala merah, bayam merah, tembikai.

Resipi Kerabu Tembikai Kesukaan Emak Tersayang ❤️ oleh Q’leenalee’s Kitchen
🧑‍🍳688🧑‍🍳 🍽️122/2023🍽️ Terkenang Semasa Dulu 🕰️ Betullah Orang cakap “Tak kenal maka tak cinta”.“Tak cuba maka tak Tahu” Terkenang balik dulu kerabu tembikai ni adalah kegemaran mak ummi.Yelah..dulu mak lebih utamakan anak2..Kalau ada lauk sikit2 mak tak makan risau anak2 tak puas makan.kerab…
Resipi 1:9:23 - Bayam merah goreng oleh Hani Shaimi
Resipi sedap dan mudah untuk 1:9:23 - Bayam merah goreng.

2. Putih

Putih selalu dipandang serong dalam pemakanan. Bahan-bahan putih yang diproses seperti roti putih, gula putih dan nasi putih, selalu dikatakan pilihan yang kurang sihat. Tapi tak semua bahan berwarna putih tu tak elok untuk kita. Bahan-bahan semulajadi yang berwarna putih kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Pokoknya, pilihlah bahan-bahan yang semulajadi putih, bukan bahan-bahan yang diproses menjadi putih.

Antara bahan-bahan yang berwarna putih: santan, susu segar, bunga kubis, cendawan enoki, cream cheese, ubi kayu, lobak putih, cendawan butang putih.

Resipi Sayur lobak putih dan merah oleh Ziana Chesaad
Lobak putih sangat sinonim dgn makanan pantang. Antara kebaikan lobak putih adalah dapat meningkatkan penambahan susu badan , meningkatkan ketahanan badan dan dapat mengelakkan sembelit dikalangan ibu yg sedang berpantang. #KidsAtHeart Menu pantang ( Week 4 )
Resipi Crispy Enoki Mushroom With Salted Egg oleh FZ Adzlin
Dalam banyak banyak cendawan ...Enoki mushroom paling bahaya.. Mau tak bahaya..buat apa saja jenis menu.. Anak anak memang akan meratah...xde istilah makan dengan nasi 🤣🤣lepas tu sekejap plak tu ghaib nya.. Dorang semua pergi sekolah.. So ada chance lah ibu nak meratah sesorang🤣🤣 Lagipun ada sat…

3. Kuning

Seperti bahan-bahan berwarna merah, bahan-bahan berwarna kuning pun senang nak jumpa. Bahan-bahan berwarna kuning atau jingga kaya dengan vitamin, potassium, antioksidan, serat dan mineral. Bukan tu je, selain daripada kaya dengan pigmen Lutein dan Zeaxanthin yang bagus untuk mata, bahan-bahan dalam kategori warna sebegini juga dikatakan kaya dengan enzim-enzim yang membantu proses pencernaan, sekaligus memelihara kesihatan usus dan perut.

Antara bahan-bahan yang berwarna kuning: durian, mangga, nanas, pisang kaki, pisang, labu kuning, nangka, keju, kacang dhal, kacang kuda, cempedak.

Resipi Durian Crepes oleh Nor Al Fatihah
Isi durian dah seminggu dalam freezer..hari minggu baru sempat buat my febret bantal kuning @ Durian Crepes ni..bila musim durian memang saya wajib buatnya..puas hati buat sendiri..letak durian selambak..nikmat tak terkata makan sejuk2 dari peti ais..gebu & rasa mcm aiskrim..sambil makan sambil gele…
Resipi Puding Mangga oleh Ani Delighted
#Globalapron2024 Challenger4 moreh Bahan- bahan nya ringkas sahaja sekali buat boleh makan 2 hati bagi kami yang tak ramai Mangga Susu Agar-agar Majrin

4. Biru

Warna ni warna paling rare dan jarang jumpa dalam makanan. Tapi nutrien yang terkandung dalam bahan-bahan berwarna biru dan ungu sangat tinggi. Ia kaya dengan anthocyanin yang berupaya memelihara kesihatan mikrovaskular dan mata, dan juga asid lemak Omega 3 dan Omega 6, serta pelbagai vitamin dan mineral khususnya vitamin A, C, B12, zink dan zat besi.

Antara bahan-bahan yang berwarna biru: bunga telang, blueberry, terung, anggur hitam, bawang bombay, kubis ungu, ubi keledek ungu, purple lettuce.

Resipi Terung Bakar Air Asam oleh Dapur Yusfarisyia
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️ Hujan-hujan macam ni pekena lagi dengan menu simple macam ni, tak payah tambah banyak menu lagi, cukup sekadar ada ikan goreng dan nasi panas, perghhh!!! 😋😋😋 Memang tak toleh kiri kanan lagi dah. 😅 #GlobalApron2024 Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :- …
Resipi Agar-agar Santan Bunga Biru Telang oleh Nor Zeha Baba
#goldenapron2020 Mempelbagaikan resepi bunga telang selain minuman dan nasi kerabu.

Cookpad bukan je ada beribu-ribu resipi yang menggunakan bahan-bahan berwarna merah, kuning, putih dan biru, tapi juga beratus-ratus resipi menarik yang bertemakan Merdeka. Korang wajib cekidaut kalau nakkan inspirasi untuk jamuan kat ofis atau sekolah sempena Hari Merdeka. Tapi download app dulu tau kalau nak lagi senang tengok resipi-resipi yang ada. Tak sampai seminit pun nak cipta akaun Cookpad. App Cookpad korang boleh download melalui PlayStore atau AppStore.