5 Idea Prep Ramadan - Jimat Masa, Jimat Belanja!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Tinggal berapa hari je lagi ni kita nak start puasa geng. Korang dah ready dah apa-apa yang patut?

Time-time bulan puasa ni biasalah, selalunya golongan mak-mak yang paling busy siapkan itu ini. Lagi-lagi mak-mak yang bekerja. Tak menang tangan dibuatnya. Lebih-lebih lagi dengan traffic jam bulan puasa yang teramat legend tu. Balik sejam awal daripada biasa pun belum tentu sempat sampai rumah time berbuka. Kalau sempat pun sipi-sipi je waktunya. So solution dia selalunya beli je daripada bazaar Ramadan.

Beli kat bazaar tu pun satu lagi cabaran di bulan puasa jugak tu. Dengan nak battle mengharungi lautan manusia lagi, dengan harga yang menjulang-julang tinggi lagi, dengan rasanya yang tak kena dengan tekak lagi, dengan faktor kebersihan makanan tu lagi - banyak betul dugaannya.

Kalau orang takde idea lagi nak prepare apa untuk Ramadan, jangan bimbang. Kat sini ada 5 idea prep puasa yang boleh memudahkan kerja korang kat dapur. Jadi korang tak perlulah terkejar-kejar sangat nak sediakan hidangan berbuka untuk keluarga korang. Masak sendiri lebih sedap, jimat, selamat dan tentunya puas hati!

1. Pes Homemade

Pes homemade sangat membantu dalam memudahkan kerja memasak lauk-pauk. Antara yang korang boleh buat siap-siap ialah pes tomyam, pes bakar, pes sup, pes kari, pes masak kurma, pes asam pedas dan banyak lagi. Korang juga boleh buat pes bahan-bahan masakan seperti cili kisar, bawang kisar, bawang putih kisar, halia kisar dan kunyit kisar. Bila nak guna, tak payah susah-susah blend. Cedok dan terus masuk dalam periuk. Settle.

Resipi Pes Asam Pedas Tip Top oleh Julia ALeen Aireish
Boleh lah standby untuk puasa ni..😁 Ingat Abadi je ada pes.. Kita pun ada🤭 abadi pun abadi lah😆.. Nak masak capai je nanti dari peti ais.. godak-godak dalam periuk, kuali siap terus boleh hidang😊 Kita masak asam pedas ayam.. masyaAllah sedap betul lah makan dengan nasi. Pertama kali tau masak as…
Resipi Pes Garam Kunyit oleh Nuharahmat
Menjelang Ramadhan 🕌 . #MenjelangRamadan #RamadanChallenge2026 #Ramadhan1447H #Week1 #MakeEverydayCookingFun . Menjelang Ramadhan yang bakal tiba. Pes garam kunyit ni adalah antara benda wajib kakak akan sediakan. Jimat masa dan tenaga juga. Pes garam kunyit ni sesuai digunakan untuk semua jenis ma…

2. Serbuk Perasa Homemade

Daripada beli serbuk perasa daripada supermarket yang mahal dan penuh dengan pengawet tu, baik buat sendiri. Bukan susah pun, kena rajinkan diri sikit je. Antara yang boleh korang buat ialah serbuk pati udang, serbuk kunyit, garam masala dan banyak lagi.

Resipi Serbuk Kunyit (Homemade) oleh Ziana Chesaad
#SupplementMelaluiPemakanan Khasiat Kunyit kepada kesihatan, bukan hanya untuk masakan malah kunyit dapat mencegah Kanser , Mengawal Berat Badan , Menyembuhkan Luka, Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan, Mengawal Kencing Manis (Diabetes). Kunyit juga mengandungi pelbagai zat dan vitamin, kunyit …
Resipi 👩‍🍳Homemade Garam Masala oleh Mahadiah
Garam masala ialah sejenis campuran rempah kaum India yang banyak digunakan didalam masakan. Garam bermaksud “pedas” manakala masala bermaksud “rempah” ,walaupun begitu ia tidak semestinya begitu pedas, tetapi cukup untuk memberikan rasa hangat hasil dari aroma kulit kayu manis dan jintan putih. Ada…

3. Sos Homemade

Pilihan sos yang lebih sihat sudah tentulah yang dibuat sendiri! Bebas pengawet dan mesra poket, boleh adjust rasa dia ikut suka. Antara sos homemade yang korang boleh buat sendiri ialah sos char kuey teow, sos teriyaki, cili sos dan sos black pepper.

Resipi Sos Pedas Masam Manis oleh ha.lim39
#46/902/2026 #902/2026 #Ramadan2026 #MenjelangRamadan. : Stok Sos Pedas Masam-Manis untu persediaan Ramadan.K.ha buat untuk untuk 3 kali masak.Sesuai untuk masak ayam,makanan laut,daging dan juga telur.Supaya tahan lama boleh difrozenkan.Keluarkan,nyahbeku sebelum digunakan.Memudahkan kerja ,tak per…
Resipi Homemade Worcestershire Sauce oleh Sesimple Loralin
188/2024 (1740/2K) Global Apron Challenge 17: Sukahati #GlobalApron2024 Cookpad Magic Pantry List: Cuka epal, gula melaka, serbuk cili, serbuk lada hitam Sos Worcestershire biasa Uchu gunakan dalam buat sos black pepper untuk naikkan rasa umami. Juga Uchu gunakan dalam perapan untuk daging, ayam gri…

4. Makanan Frozen

Untuk mak-mak terutama sekali yang bekerja, makanan frozen memang sangat membantu. Masak siap-siap semua, lepas tu keluarkan dan panaskan atau goreng / kukus je. Tak payah kelam-kabut bersilat kat dapur nak kejar waktu berbuka. Antara yang boleh korang prep awal-awal ialah kuih frozen, burger, nugget dan lauk frozen.

Resipi Kuih Bom Bijan (Inti Kacang Merah) oleh 0h Hana !!
Kuih yang boleh di frozenkan.. berbuka tanpa sebarang manisan atau kuh sepertinya ada yang kurang.. Balit terawikh pun boleh goreng sebiji dua untuk kudapan
Resipi Meal Prep : Daging Masak Sate Frozen oleh Dapur Yusfarisyia
Ramadan 2026 : Menjelang Ramadan 🕌 🌙 Sejak tahap kesihatan saya kurang baik, saya jarang bermasak di dapur. Jika saya masak, saya akan masak yang mudah² jer. Tak lama lagi umat islam bakal menyambut bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadan. Selalu nya saya lah yang akan menyediakan juadah untuk bersah…

5. Bahan Ready-Made

Selain daripada makanan frozen, korang boleh juga sediakan stok bahan ready-made tahan lama seperti sambal, acar buah, tempoyak, sardin, chili oil, ikan bekok, ikan pekasam, serunding, daging dendeng dan banyak lagi. Agak-agak malas nak masak beriya, korang boleh makan dengan nasi je. Yang penting, tetap sedap dan mengenyangkan!

Resipi Ike Bekok Homemade oleh Kakak Faa
#tahunbarubahanbaru Pokwie bawak balik ikan gelama, dia request faa buat ike bekok. Faa ni first time nak main dengan ikan gelama ni. Bahan baru dalam hidup faa. Pokwie cakap kalau goreng biasa tak sedap ikan gelama ni. Ok jom buat Ike Bekok homemade. Ok dia siap siang ikan, faa just buat je. Buat s…
Resipi Sambal Garing Bunga Kantan oleh Ani Delighted
#Ramadan 2026: Menjelang Ramadan 🕌🌙 Ziarah kawan sekerja dulu, dapat bunga kantan. Biasa dimasukan dalam kuah laksa utara atau asam rebus. Memikirkan apa nak dibuat. Sayang kalau dibiarkan kering. Kita cuba buat sambal garing dengan ikan bilis. Saya guna Ikan bilis halus. Dapat tambah menu pembang…

Kongsi Resipi Persediaan Ramadan Anda!

Korang ada resipi prep puasa korang sendiri? Jom lah share dengan kawan-kawan kat Cookpad! Tapi jangan lupa download app Cookpad melalui PlayStore atau AppStore dulu untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!

Lain-lain Blog Artikel Yang Anda Mungkin Suka

Korang dah baca blog artikel kami yang lain berkenaan persediaan Ramadan? Kalau belum, klik je kat bawah ni:

10 Bahan Homemade Membantu Di Bulan Puasa
Seminggu lagi dah nak puasa. Selain daripada stock up barang dapur, korang buatpersiapan apa lagi kat dapur? Time-time ni terutama sekali golongan mak-mak dah sibuk buat homemade prep untukmelancarkan dan memudahkan tugas mereka kat dapur Ramadan[https://cookpad.com/my/search/ramadan] nanti. Bil…
10 Bahan Penyelamat Di Dapur
Ramadan dah nak tiba dah ni. Minggu depan dah start puasa dah. Seperti kitasemua sedia maklum, time-time bulan puasa ni khususnya buat mak-mak kat luarsana, masa memang rasa suntuk betul. Dengan nak masak lagi, dengan nak uruskankeluarga lagi, dengan nak sediakan persiapan hari raya lagi, dengan …
Persiapan Di Dapur Sempena Ramadan
Tidak lama lagi, kita bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia. Ketibaan bulanyang penuh keberkatan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seratadunia. Ketika ini, yang paling sibuk tentulah kaum Hawa terutama sekali para ibu diluar sana. Terkejar-kejar ke sana ke mari menguruskan ma…